Assalamualaikum, sebagai muslim kita mempunyai Iman yang dijadikan sebagai 'harta karun' kerana ianya sangat bernilai di dunia dan di akhirat. Kepentingannya di dunia ialah sebagai pendukung diri untuk terus melakukan kebaikan dan kepentingannya di akhirat sebagai pendukung ke Syurga Allah insyaAllah. Tetapi kita sebagai manusia sering terlepas pandang perkara yang seremeh mungkin iaitu Cinta Sebelum Berkahwin. Memang benar indahnya cinta sebelum berkahwin, tetapi kita mengetahui bahawa cinta selepas berkahwin adalah lebih indah dari sudut fizikal, mental dan kerohanian. Yang pertama, apabila kita bercinta selepas berkahwin, kita dapat merasai kemanisan cinta itu dan kita juga insyaAllah akan mendapat pahala jika bersentuhan. Islam itu indah bukan menyusahkan. Kita tidak akan mengetahui keindahan sesuatu tempat tanpa dapat melihat gambar ataupun tempat itu sendiri. Jadi, agama ini harus kita selami sedalam-dalamnya. Memang agak mustahil pada awalnya, tetapi percayalah Allah akan meletakkan satu perasaan cinta di hati kita dan cinta itu ialah cinta kepada NYA. Subhanallah, Allahuakbar, indah sungguh aturan Allah di dunia ini. Selepas kita mendapat perasaan cinta akan Allah kita akan mencintai makhlukNya kerana Allah s.w.t akhirnya akan membuka kepada 'Cinta Bagi Mukmin.' Mukmin berasal daripada perkataan Iman yang membawa maksud percaya, mukmin bermaksud orang yang mempercayai Allah sebagai Tuhan yang esa dan yang wajib disembah. Setiap daripada kita inginkan pasangan hidup yang sempurna tetapi adakah kita sempurna di mata mereka? Jawapannya mudah, iaitu tidak. Bagi menyempurnakan diri, kita harus memakaikan diri kita dengan pakaian cahaya Iman. Siapkan diri untuk menjadi pemimpin bagi sesebuah keluarga. Mukmin tidak akan pernah sama sekali akan mencintai seseorang sebelum berkahwin, iaitu dengan berpasangan. Mereka sangat bimbang akan murkanya Allah. Dalam erti kata lain, mereka tidak akan mencintai seseorang bukan kerana Allah. Mereka mencintai seseorang kerana seseorang itu mencintai Allah dan Allah menyelitkan perasaan cinta di hati mereka kepada seseorang yang mencintaiNya. Mereka akan berkahwin dengan jodoh yang ditetapkan sejak azali lagi di Luh Mahfuz. Ya Allah, betapa indahnya Syurga Cinta Mu ini Ya Allah :)
19 December, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)